ASSALAMUALAIKUM......SELAMAT MENGIKUTI PAPARAN BLOG INI BAGI MERUNGKAI PERSOALAN ANDA...TENTANG MEREKA (SPRITUAL........)

Monday 14 March 2011

PEMBEDAHAN MODEN VS PEMBEDAHAN PSIKIK / PEMBEDAHAN BATIN

NAIK LORI PERGI KE KOREA SELATAN,
LORI TERBALIK BERAS SIAM BERTABURAN, 
TERIMA KASIH DI ATAS SEGALA PANDANGAN ,
SEMOGA PEMBACA SEKALIAN DIRAHMATI TUHAN.

Pada kali ini saya sertakan serangkap pantun untuk pembaca blog sekalian kerana rasa terharu di atas segala komen dan pandangan anda semua pada tulisan saya,ini menunjukkan  betapa cakna nya anda semua dalam mengikuti perkembangan blog saya ini.Syabas dan tahniah saya ucapkan.Insya-Allah,pada kali ini saya begitu teruja untuk berkongsi dengan pembaca sekalian mengenai suatu isu yang terbaru dalam blog ini iaitu "PEMBEDAHAN MODEN VS PEMBEDAHAN PSIKIK/BATIN".Sebelum kita semua menelusuri lebih lanjut mengenai perkara ini ,cukuplah bagi saya memperingatkan kepada pembaca sekalian agar jangan mengambil sikap terburu-buru mahupun sikap suka menghukum pihak yang dirasakan bersabit dengan perkara yang saya unjurkan pada kalian pada kali ini.Siapakah kita untuk berbuat demikian pada mereka .Namun ,nasihat saya marilah kita mengambil sikap berhati-hati dan berwaspada agar kita mampu 'sediakan payung sebelum hujan' dan ingatlah ,perbincangan pada kali ini saya lebih khususkan untuk pendedahan mengenai penipuan pembedahan psikik / batin oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab dan bukan sebaliknya.Sekiranya , anda sebagai pembaca blog ini ingin berpegang pada prinsip anda bahawa pembedahan psikik /batin ini benar- benar wujud dan dilakukan oleh orang-orang yang dikurniakan kelebihan daripada Ilahi, saya ingatkan sekali lagi ,tulisan saya pada kali ini bukannya untuk menyangkal prinsip anda tetapi tulisan ini adalah suatu perkongsian kajian daripada pihak IPPI bersama anda .
PEMBEDAHAN PSIKIK /BATIN adalah suatu kaedah pembedahan yang agak jarang didengari.Jangan kita ingat pembedahan ini hanya wujud dalam alam melayu sahaja kerana pembedahan ini juga wujud di negara barat namun dikenali sebagai PEMBEDAHAN PSIKIK/BATIN..Kebiasaannya ,pihak yang ingin mendapatkan rawatan ini adalah pesakit kanser,jantung,batu karang dan sebagainya .Beribu-ribu ringgit yang sanggup dihabiskan semata-mata untuk mendapatkan rawatan ini berbanding mendapatkan rawatan moden sehinggakan pernah saya mendengar pihak yang menguruskan pembedahan psikik / batin ini mendapat keuntungan yang begitu kita tidak sangka dan jangan terkejut sekiranya saya katakan bahawa terdapat sesetengah mereka memiliki berbelas-belas kereta mewah,beberapa buah banglo serta banyak lagi hasil penipuan yang mereka cipta . Lebih malang lagi,antara mangsa malang mereka ialah orang-orang yang kaya yang mampu mendapatkan rawatan di hospital secara sempurna.Pernah terjadi suatu kes,di mana seorang lelaki yang kaya yang mengidapi penyakit batu karang telah mendapatkan rawatan pembedahan psikik/batin ini dengan seorang bomoh yang berada di luar semenanjung Malaysia.setelah selesai pembedahan ,beliau ditunjukkan batu karang yang kononnya adalah batu karang yang dikeluarkan daripada tubuh lelaki berkenaan.Namun ,masa berganti masa ,saat berganti saat ,hari berganti hari tibalah satu bulan setelah pembedahan tiba-tiba lelaki ini rebah pada suatu tempat,lelaki ini segera dibawa ke hospital ,pembedahan segera dilakukan.Selesai pembedahan ,doktor mengucapkan tahniah dan memberitahu isteri lelaki berkenaan bahawa mujurlah lelaki berkenaan dibawa ke hospital dengan segera kerana batu karang yang dihidapi lelaki berkenaan sudah memasuki tahap kronik ,sekiranya terlewat mungkin lelaki ini sudah tiada di dunia ini..itulah yang saya ingin katakan pada anda pembaca blog ini  fungsi pembedahan psikik / batin ini sebenar..sekiranya dijalankan pihak yang tidak bertanggungjawab maka musnahlah segala impian dan harapan kita..
Pembedahan psikik/batin di barat pula telah didedahkan oleh seorang pakar silap mata dalam suatu rancangan televisyen di mana beliau menyatakan ,tidak sukar untuk menipu dengan pembedahan tersebut ,hanya sediakan cecair seperti darah dan bahan yang seperti mana pesakit hidapi,seperti hati binatang untuk penyakit paru-paru dan sebaliknya.Alhamdulillah,saya berkesempatan melihat video kaedah perubatan ini yang dilakonkan oleh ahli silap mata ini.Cukup saya memberitahu kepada pembaca sekalian pembedahan ini umpama melakukan silap mata sahaja,hanya sebagai helah untuk menipu mangsanya.
Cukuplah diri kita ditipu wahai saudara-saudariku sekalian,cukuplah dengan apa yang terjadi .Penipuan melalui pembedahan psikik/batin ini adalah suatu perbuatan yang sepatutnya dikeji dan dijauhi.Penipuan ini mengecewakan harapan insan lain,penipuan ini juga menjdikan nyawa insan lain sebagai taruhan demi keuntungan.Sebagai contoh di barat,seorang pelakon terkenal telah meninggal dunia kerana kanser sebelum sempat mendapatkan rawatan moden kerana lebih mempercayai pembedahan psikik/batin ini.
Semoga dengan penjelasan kali ini ,pembaca dapat mengambil manfaat daripadanya.Sebarang komen dan cadangan boleh disertakan pada komen anda.