ASSALAMUALAIKUM......SELAMAT MENGIKUTI PAPARAN BLOG INI BAGI MERUNGKAI PERSOALAN ANDA...TENTANG MEREKA (SPRITUAL........)

Monday 14 March 2011

PEMBEDAHAN MODEN VS PEMBEDAHAN PSIKIK / PEMBEDAHAN BATIN

NAIK LORI PERGI KE KOREA SELATAN,
LORI TERBALIK BERAS SIAM BERTABURAN, 
TERIMA KASIH DI ATAS SEGALA PANDANGAN ,
SEMOGA PEMBACA SEKALIAN DIRAHMATI TUHAN.

Pada kali ini saya sertakan serangkap pantun untuk pembaca blog sekalian kerana rasa terharu di atas segala komen dan pandangan anda semua pada tulisan saya,ini menunjukkan  betapa cakna nya anda semua dalam mengikuti perkembangan blog saya ini.Syabas dan tahniah saya ucapkan.Insya-Allah,pada kali ini saya begitu teruja untuk berkongsi dengan pembaca sekalian mengenai suatu isu yang terbaru dalam blog ini iaitu "PEMBEDAHAN MODEN VS PEMBEDAHAN PSIKIK/BATIN".Sebelum kita semua menelusuri lebih lanjut mengenai perkara ini ,cukuplah bagi saya memperingatkan kepada pembaca sekalian agar jangan mengambil sikap terburu-buru mahupun sikap suka menghukum pihak yang dirasakan bersabit dengan perkara yang saya unjurkan pada kalian pada kali ini.Siapakah kita untuk berbuat demikian pada mereka .Namun ,nasihat saya marilah kita mengambil sikap berhati-hati dan berwaspada agar kita mampu 'sediakan payung sebelum hujan' dan ingatlah ,perbincangan pada kali ini saya lebih khususkan untuk pendedahan mengenai penipuan pembedahan psikik / batin oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab dan bukan sebaliknya.Sekiranya , anda sebagai pembaca blog ini ingin berpegang pada prinsip anda bahawa pembedahan psikik /batin ini benar- benar wujud dan dilakukan oleh orang-orang yang dikurniakan kelebihan daripada Ilahi, saya ingatkan sekali lagi ,tulisan saya pada kali ini bukannya untuk menyangkal prinsip anda tetapi tulisan ini adalah suatu perkongsian kajian daripada pihak IPPI bersama anda .
PEMBEDAHAN PSIKIK /BATIN adalah suatu kaedah pembedahan yang agak jarang didengari.Jangan kita ingat pembedahan ini hanya wujud dalam alam melayu sahaja kerana pembedahan ini juga wujud di negara barat namun dikenali sebagai PEMBEDAHAN PSIKIK/BATIN..Kebiasaannya ,pihak yang ingin mendapatkan rawatan ini adalah pesakit kanser,jantung,batu karang dan sebagainya .Beribu-ribu ringgit yang sanggup dihabiskan semata-mata untuk mendapatkan rawatan ini berbanding mendapatkan rawatan moden sehinggakan pernah saya mendengar pihak yang menguruskan pembedahan psikik / batin ini mendapat keuntungan yang begitu kita tidak sangka dan jangan terkejut sekiranya saya katakan bahawa terdapat sesetengah mereka memiliki berbelas-belas kereta mewah,beberapa buah banglo serta banyak lagi hasil penipuan yang mereka cipta . Lebih malang lagi,antara mangsa malang mereka ialah orang-orang yang kaya yang mampu mendapatkan rawatan di hospital secara sempurna.Pernah terjadi suatu kes,di mana seorang lelaki yang kaya yang mengidapi penyakit batu karang telah mendapatkan rawatan pembedahan psikik/batin ini dengan seorang bomoh yang berada di luar semenanjung Malaysia.setelah selesai pembedahan ,beliau ditunjukkan batu karang yang kononnya adalah batu karang yang dikeluarkan daripada tubuh lelaki berkenaan.Namun ,masa berganti masa ,saat berganti saat ,hari berganti hari tibalah satu bulan setelah pembedahan tiba-tiba lelaki ini rebah pada suatu tempat,lelaki ini segera dibawa ke hospital ,pembedahan segera dilakukan.Selesai pembedahan ,doktor mengucapkan tahniah dan memberitahu isteri lelaki berkenaan bahawa mujurlah lelaki berkenaan dibawa ke hospital dengan segera kerana batu karang yang dihidapi lelaki berkenaan sudah memasuki tahap kronik ,sekiranya terlewat mungkin lelaki ini sudah tiada di dunia ini..itulah yang saya ingin katakan pada anda pembaca blog ini  fungsi pembedahan psikik / batin ini sebenar..sekiranya dijalankan pihak yang tidak bertanggungjawab maka musnahlah segala impian dan harapan kita..
Pembedahan psikik/batin di barat pula telah didedahkan oleh seorang pakar silap mata dalam suatu rancangan televisyen di mana beliau menyatakan ,tidak sukar untuk menipu dengan pembedahan tersebut ,hanya sediakan cecair seperti darah dan bahan yang seperti mana pesakit hidapi,seperti hati binatang untuk penyakit paru-paru dan sebaliknya.Alhamdulillah,saya berkesempatan melihat video kaedah perubatan ini yang dilakonkan oleh ahli silap mata ini.Cukup saya memberitahu kepada pembaca sekalian pembedahan ini umpama melakukan silap mata sahaja,hanya sebagai helah untuk menipu mangsanya.
Cukuplah diri kita ditipu wahai saudara-saudariku sekalian,cukuplah dengan apa yang terjadi .Penipuan melalui pembedahan psikik/batin ini adalah suatu perbuatan yang sepatutnya dikeji dan dijauhi.Penipuan ini mengecewakan harapan insan lain,penipuan ini juga menjdikan nyawa insan lain sebagai taruhan demi keuntungan.Sebagai contoh di barat,seorang pelakon terkenal telah meninggal dunia kerana kanser sebelum sempat mendapatkan rawatan moden kerana lebih mempercayai pembedahan psikik/batin ini.
Semoga dengan penjelasan kali ini ,pembaca dapat mengambil manfaat daripadanya.Sebarang komen dan cadangan boleh disertakan pada komen anda.

Saturday 12 March 2011

MEREKA HANYA BERLAKON............TIADA GANGGUAN PUN PADA DIRI MEREKA ....

LAKONAN ATAU BRPURA-PURA MAHUPUN MELAKUKAN PENIPUAN UNTUK KEPENTINGAN DIRI TIDAK MUSTAHIL TERJADI DALAM KES RAWATAN GANGGUAN SPRITUAL VIRUS INI.SEBAGAIMANA YANG KITA BIASA HADAPI ATAUPUN FAHAMI MEMANG TERDAPAT PERAWAT MAHUPUN KITA LEBIH KENALI SEBAGAI BOMOH,DUKUN ATAU YANG SAMA KERJA DENGANNYA YANG HANYA TAHU MELAKUKAN PENIPUAN DEMI MENGAUT KEUNTUNGAN MELANGIT,MEREKA BERPURA-PURA TAHUU MERAWAT PENYAKIT SEDANGKAN YANG SEBENARNYA HATI MEREKA YANG BERPENYAKIT.NAMUN PADA KES KALI INI ADALAH PESAKIT PULA YANG BERPURA-PURA SAKIT..MACAM MUSTAHIL JE WUJUD SITUASI SEBEGINI.TAPI APABILA DAH TERJADI ADAKAH IA SUDAH JADI MUSTAHIL??SAYA TIDAK PERNAH MENGHADAPI SITUASI SEBEGINI NAMUN KAJIAN YANG SAYA JALANKAN DAN BUAL BICARA BERSAMA PENGAMAL PERUBATAN YANG SUDAH BERPENGALAMAN MENUNJUKKAN SITUASI SEBEGINI BENAR-BENAR TERJADI BIASANYA TERJADI APABILA PESAKIT ITU BERADA DALAM TEKANAN PSIKOLOGI SERTA MAHUKAN PERHATIAN ATAUPUN MASALAH-MASALAH LAIN.SEBAGAI SUATU CONTOH PERNAH DICERITAKAN KEPADA SAYA ,SUATU KETIKA DAHULU,SEORANG PEREMPUAN YANG TELAH BERUSIA YANG MEMPUNYAI SEORANG SUAMI YANG BERISTERI DUA TINGGAL DI SUATU DAERAH DI NEGERI DI MALAYSIA INI.TIDAK MPERLULAH SAYA MENDETAILKAN LAGI PROFIL BELIAU.SAAT BAHAGIA BERSAMA SUAMI TERCINTA TERUS BERLALU NAMUN BUKAN SETIAP MASA KEBAHAGIAAN YANG KITA MAHUKAN SENTIASA BERSAMA KITA,APABILA PERHATIAN DARIPADA ORANG TERSAYANG BERALIH ARAH SEDIKIT DEMI SEDIKIT,TEKANAN MULA MENDATANG MELINGKARI JIWA WANITA INI.SI SUAMI MULA MERASA HAIRAN MELIHAT PERUBAHAN SIKAP ISTERI SEOLAH-OLAH TIDAJ SEDAR APA YANG TERJADI .APAKAH YANG DILAKUKAN WANITA TERSEBUT?PERNAH LIHAT ORANG DIRASUK?MACAM BEGITULAH JUGA PERUBAHAN YANG TERJADI PADA DIRI WANITA INI.INGIN LARI KE BUKIT YANG BERDEKATAN RUMAHNYA SUDAH JADI ANTARA KEBIMBANGAN BUAT SUAMINYA.ISTERI PERTAMA KATAKAN ,MEMANG SUAMI SAYANG .JADI MASA YANG LEBIH BANYAK TERPAKSA DILUANGKAN BERSAMA ISTERINYA ITU,BIMBANG SITUASI LEBIH TERU.SAMPAI LAH SAAT SI SUAMI MEMBAWA ISTERI NYA INI UNTUK DIRAWAT OLEH SEORANG PENGAMAL PERUBATAN.SETELAH DIRUQYAH ,TIADA APA-APA YANG TERJADI.SI ISTERI TETAP DALAM KEADAAN SEPERTI TIDAK SEDARKAN DIRI.SUDAH DICUBA PELBAGAI CARA ,JALAN SERTA TAKTIK NAMUN HASILNYA SIA-SIA HINGGALAH SI PERAWAT MENGESYAKI SESUATU..DICIPTA SUATU TAKTIK..AKHIRNYA TERBONGKAR SUATU MISTERI..LAAAAA..RUPA-RUPANYA SI ISTERI TIDAK DIRASUK PUN ,SAKIT PUN TIDAK..SETELAH SI ISTERI MEMBERITAHU HAL SEBENAR , BARULAH DAPAT DIKETAHUI BAHAWA KERANA BIMBANG TIDAK DIAMBIL BERAT ATAU BIMBANG KURANG PERHATIAN DARIPADA SUAMI TERSAYANG , BELIAU BERPURA-PURA SEPERTI SAKIT DIRASUKI JIN...SETELAH DIKAUNSELING MAKA INSAFLAH WANITA TADI..BEGITULAH AL-KISAHNYA..NAMUN HENDAKLAH KITA INGAT DAN PERHATI..BETAPA INDAHNYA ERTI KASIH SAYANG PADA INSAN..JAGALAH SEBAIKNYA INSAN YANG MENYAYANGI KITA NAMUN BIARLAH BERSYARIAT..BERBALIK PADA ASAL PERBINCANGAN KITA ,JANGAN LAH KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA..JANGAN KERANA KES SEPERTI DI ATAS PERNAH TERJADI HABIS SEMUA YANG SAKIT KERANA SPRITUAL VIRUS INI KITA KATAKAN MEREKA ITU BERLAKON MAHUPUN BERPURA-PURA,JANGAN KITA MUDAH-MUDAH MENUDING SEBEGITU RUPA.ORANG YANG SAKIT KITA TETAP PERLU MENGAMBIL CAKNA TERHADAP MEREKA.BUATKAN MEREKA TERSENYUM DAN GEMBIRA MENDAPAT SAHABAT ATAU TEMAN SEPERTI KITA.MUNGKIN DENGAN KITA BERSAMA MEREKA ,MEREKA PEROLEH KEKUATAN UNTUK MELAWAN VIRUS TERSEBUT DENGAN KAEDAH-KAEDAH ISLAMIK..