ASSALAMUALAIKUM......SELAMAT MENGIKUTI PAPARAN BLOG INI BAGI MERUNGKAI PERSOALAN ANDA...TENTANG MEREKA (SPRITUAL........)

Monday 14 March 2011

PEMBEDAHAN MODEN VS PEMBEDAHAN PSIKIK / PEMBEDAHAN BATIN

NAIK LORI PERGI KE KOREA SELATAN,
LORI TERBALIK BERAS SIAM BERTABURAN, 
TERIMA KASIH DI ATAS SEGALA PANDANGAN ,
SEMOGA PEMBACA SEKALIAN DIRAHMATI TUHAN.

Pada kali ini saya sertakan serangkap pantun untuk pembaca blog sekalian kerana rasa terharu di atas segala komen dan pandangan anda semua pada tulisan saya,ini menunjukkan  betapa cakna nya anda semua dalam mengikuti perkembangan blog saya ini.Syabas dan tahniah saya ucapkan.Insya-Allah,pada kali ini saya begitu teruja untuk berkongsi dengan pembaca sekalian mengenai suatu isu yang terbaru dalam blog ini iaitu "PEMBEDAHAN MODEN VS PEMBEDAHAN PSIKIK/BATIN".Sebelum kita semua menelusuri lebih lanjut mengenai perkara ini ,cukuplah bagi saya memperingatkan kepada pembaca sekalian agar jangan mengambil sikap terburu-buru mahupun sikap suka menghukum pihak yang dirasakan bersabit dengan perkara yang saya unjurkan pada kalian pada kali ini.Siapakah kita untuk berbuat demikian pada mereka .Namun ,nasihat saya marilah kita mengambil sikap berhati-hati dan berwaspada agar kita mampu 'sediakan payung sebelum hujan' dan ingatlah ,perbincangan pada kali ini saya lebih khususkan untuk pendedahan mengenai penipuan pembedahan psikik / batin oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab dan bukan sebaliknya.Sekiranya , anda sebagai pembaca blog ini ingin berpegang pada prinsip anda bahawa pembedahan psikik /batin ini benar- benar wujud dan dilakukan oleh orang-orang yang dikurniakan kelebihan daripada Ilahi, saya ingatkan sekali lagi ,tulisan saya pada kali ini bukannya untuk menyangkal prinsip anda tetapi tulisan ini adalah suatu perkongsian kajian daripada pihak IPPI bersama anda .
PEMBEDAHAN PSIKIK /BATIN adalah suatu kaedah pembedahan yang agak jarang didengari.Jangan kita ingat pembedahan ini hanya wujud dalam alam melayu sahaja kerana pembedahan ini juga wujud di negara barat namun dikenali sebagai PEMBEDAHAN PSIKIK/BATIN..Kebiasaannya ,pihak yang ingin mendapatkan rawatan ini adalah pesakit kanser,jantung,batu karang dan sebagainya .Beribu-ribu ringgit yang sanggup dihabiskan semata-mata untuk mendapatkan rawatan ini berbanding mendapatkan rawatan moden sehinggakan pernah saya mendengar pihak yang menguruskan pembedahan psikik / batin ini mendapat keuntungan yang begitu kita tidak sangka dan jangan terkejut sekiranya saya katakan bahawa terdapat sesetengah mereka memiliki berbelas-belas kereta mewah,beberapa buah banglo serta banyak lagi hasil penipuan yang mereka cipta . Lebih malang lagi,antara mangsa malang mereka ialah orang-orang yang kaya yang mampu mendapatkan rawatan di hospital secara sempurna.Pernah terjadi suatu kes,di mana seorang lelaki yang kaya yang mengidapi penyakit batu karang telah mendapatkan rawatan pembedahan psikik/batin ini dengan seorang bomoh yang berada di luar semenanjung Malaysia.setelah selesai pembedahan ,beliau ditunjukkan batu karang yang kononnya adalah batu karang yang dikeluarkan daripada tubuh lelaki berkenaan.Namun ,masa berganti masa ,saat berganti saat ,hari berganti hari tibalah satu bulan setelah pembedahan tiba-tiba lelaki ini rebah pada suatu tempat,lelaki ini segera dibawa ke hospital ,pembedahan segera dilakukan.Selesai pembedahan ,doktor mengucapkan tahniah dan memberitahu isteri lelaki berkenaan bahawa mujurlah lelaki berkenaan dibawa ke hospital dengan segera kerana batu karang yang dihidapi lelaki berkenaan sudah memasuki tahap kronik ,sekiranya terlewat mungkin lelaki ini sudah tiada di dunia ini..itulah yang saya ingin katakan pada anda pembaca blog ini  fungsi pembedahan psikik / batin ini sebenar..sekiranya dijalankan pihak yang tidak bertanggungjawab maka musnahlah segala impian dan harapan kita..
Pembedahan psikik/batin di barat pula telah didedahkan oleh seorang pakar silap mata dalam suatu rancangan televisyen di mana beliau menyatakan ,tidak sukar untuk menipu dengan pembedahan tersebut ,hanya sediakan cecair seperti darah dan bahan yang seperti mana pesakit hidapi,seperti hati binatang untuk penyakit paru-paru dan sebaliknya.Alhamdulillah,saya berkesempatan melihat video kaedah perubatan ini yang dilakonkan oleh ahli silap mata ini.Cukup saya memberitahu kepada pembaca sekalian pembedahan ini umpama melakukan silap mata sahaja,hanya sebagai helah untuk menipu mangsanya.
Cukuplah diri kita ditipu wahai saudara-saudariku sekalian,cukuplah dengan apa yang terjadi .Penipuan melalui pembedahan psikik/batin ini adalah suatu perbuatan yang sepatutnya dikeji dan dijauhi.Penipuan ini mengecewakan harapan insan lain,penipuan ini juga menjdikan nyawa insan lain sebagai taruhan demi keuntungan.Sebagai contoh di barat,seorang pelakon terkenal telah meninggal dunia kerana kanser sebelum sempat mendapatkan rawatan moden kerana lebih mempercayai pembedahan psikik/batin ini.
Semoga dengan penjelasan kali ini ,pembaca dapat mengambil manfaat daripadanya.Sebarang komen dan cadangan boleh disertakan pada komen anda.

Saturday 12 March 2011

MEREKA HANYA BERLAKON............TIADA GANGGUAN PUN PADA DIRI MEREKA ....

LAKONAN ATAU BRPURA-PURA MAHUPUN MELAKUKAN PENIPUAN UNTUK KEPENTINGAN DIRI TIDAK MUSTAHIL TERJADI DALAM KES RAWATAN GANGGUAN SPRITUAL VIRUS INI.SEBAGAIMANA YANG KITA BIASA HADAPI ATAUPUN FAHAMI MEMANG TERDAPAT PERAWAT MAHUPUN KITA LEBIH KENALI SEBAGAI BOMOH,DUKUN ATAU YANG SAMA KERJA DENGANNYA YANG HANYA TAHU MELAKUKAN PENIPUAN DEMI MENGAUT KEUNTUNGAN MELANGIT,MEREKA BERPURA-PURA TAHUU MERAWAT PENYAKIT SEDANGKAN YANG SEBENARNYA HATI MEREKA YANG BERPENYAKIT.NAMUN PADA KES KALI INI ADALAH PESAKIT PULA YANG BERPURA-PURA SAKIT..MACAM MUSTAHIL JE WUJUD SITUASI SEBEGINI.TAPI APABILA DAH TERJADI ADAKAH IA SUDAH JADI MUSTAHIL??SAYA TIDAK PERNAH MENGHADAPI SITUASI SEBEGINI NAMUN KAJIAN YANG SAYA JALANKAN DAN BUAL BICARA BERSAMA PENGAMAL PERUBATAN YANG SUDAH BERPENGALAMAN MENUNJUKKAN SITUASI SEBEGINI BENAR-BENAR TERJADI BIASANYA TERJADI APABILA PESAKIT ITU BERADA DALAM TEKANAN PSIKOLOGI SERTA MAHUKAN PERHATIAN ATAUPUN MASALAH-MASALAH LAIN.SEBAGAI SUATU CONTOH PERNAH DICERITAKAN KEPADA SAYA ,SUATU KETIKA DAHULU,SEORANG PEREMPUAN YANG TELAH BERUSIA YANG MEMPUNYAI SEORANG SUAMI YANG BERISTERI DUA TINGGAL DI SUATU DAERAH DI NEGERI DI MALAYSIA INI.TIDAK MPERLULAH SAYA MENDETAILKAN LAGI PROFIL BELIAU.SAAT BAHAGIA BERSAMA SUAMI TERCINTA TERUS BERLALU NAMUN BUKAN SETIAP MASA KEBAHAGIAAN YANG KITA MAHUKAN SENTIASA BERSAMA KITA,APABILA PERHATIAN DARIPADA ORANG TERSAYANG BERALIH ARAH SEDIKIT DEMI SEDIKIT,TEKANAN MULA MENDATANG MELINGKARI JIWA WANITA INI.SI SUAMI MULA MERASA HAIRAN MELIHAT PERUBAHAN SIKAP ISTERI SEOLAH-OLAH TIDAJ SEDAR APA YANG TERJADI .APAKAH YANG DILAKUKAN WANITA TERSEBUT?PERNAH LIHAT ORANG DIRASUK?MACAM BEGITULAH JUGA PERUBAHAN YANG TERJADI PADA DIRI WANITA INI.INGIN LARI KE BUKIT YANG BERDEKATAN RUMAHNYA SUDAH JADI ANTARA KEBIMBANGAN BUAT SUAMINYA.ISTERI PERTAMA KATAKAN ,MEMANG SUAMI SAYANG .JADI MASA YANG LEBIH BANYAK TERPAKSA DILUANGKAN BERSAMA ISTERINYA ITU,BIMBANG SITUASI LEBIH TERU.SAMPAI LAH SAAT SI SUAMI MEMBAWA ISTERI NYA INI UNTUK DIRAWAT OLEH SEORANG PENGAMAL PERUBATAN.SETELAH DIRUQYAH ,TIADA APA-APA YANG TERJADI.SI ISTERI TETAP DALAM KEADAAN SEPERTI TIDAK SEDARKAN DIRI.SUDAH DICUBA PELBAGAI CARA ,JALAN SERTA TAKTIK NAMUN HASILNYA SIA-SIA HINGGALAH SI PERAWAT MENGESYAKI SESUATU..DICIPTA SUATU TAKTIK..AKHIRNYA TERBONGKAR SUATU MISTERI..LAAAAA..RUPA-RUPANYA SI ISTERI TIDAK DIRASUK PUN ,SAKIT PUN TIDAK..SETELAH SI ISTERI MEMBERITAHU HAL SEBENAR , BARULAH DAPAT DIKETAHUI BAHAWA KERANA BIMBANG TIDAK DIAMBIL BERAT ATAU BIMBANG KURANG PERHATIAN DARIPADA SUAMI TERSAYANG , BELIAU BERPURA-PURA SEPERTI SAKIT DIRASUKI JIN...SETELAH DIKAUNSELING MAKA INSAFLAH WANITA TADI..BEGITULAH AL-KISAHNYA..NAMUN HENDAKLAH KITA INGAT DAN PERHATI..BETAPA INDAHNYA ERTI KASIH SAYANG PADA INSAN..JAGALAH SEBAIKNYA INSAN YANG MENYAYANGI KITA NAMUN BIARLAH BERSYARIAT..BERBALIK PADA ASAL PERBINCANGAN KITA ,JANGAN LAH KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA..JANGAN KERANA KES SEPERTI DI ATAS PERNAH TERJADI HABIS SEMUA YANG SAKIT KERANA SPRITUAL VIRUS INI KITA KATAKAN MEREKA ITU BERLAKON MAHUPUN BERPURA-PURA,JANGAN KITA MUDAH-MUDAH MENUDING SEBEGITU RUPA.ORANG YANG SAKIT KITA TETAP PERLU MENGAMBIL CAKNA TERHADAP MEREKA.BUATKAN MEREKA TERSENYUM DAN GEMBIRA MENDAPAT SAHABAT ATAU TEMAN SEPERTI KITA.MUNGKIN DENGAN KITA BERSAMA MEREKA ,MEREKA PEROLEH KEKUATAN UNTUK MELAWAN VIRUS TERSEBUT DENGAN KAEDAH-KAEDAH ISLAMIK..

Saturday 26 February 2011

ADAKAH SEMUA PENYAKIT ITU GANGGUAN JIN?ADAKAH USTAZ-USTAZ PERUBATAN ISLAM HANYA UNTUK MERAWAT GANGGUAN JIN SERTA MENGHALAU JIN?

ASSALAMUALAIKUM...........apa khabar saudara-saudaraku sekalian,guane gamok ari ni?moga 
semua sihat-sihat belake yea...saat saya menulis blog kali ini saya ditimpa suatu persoalan yang tiba-
tiba hadir dalam benak minda saya,adakah semua penyakit yang adanya di sana simptom-simptom 
mahupun tanda-tanda yang sama dengan gangguan jin adalah gangguan virus tersebut?sekali lagi 
pening kepala saya nak jawab persoalan saya ni.kali ni,kereta kebal pulak terbang sekeliling kepala
saya ,...ditambah pulak soalan satu lagi ,adakah ustaz-ustaz yang bergiat dalam rawatan islam ni 
hanya kerjanya merawat gangguan jin serta menghalau nya?..camne lah nak jawab ye..TATKALA 
ALLAH TAALA MENURUNKAN AYAT-AYAT AL-QURAN YANG MENERANGKAN MENGENAI
PENYEMBUHAN TERDAPAT DI SANA SUATU AYAT YANG MANA MEMBERITAHU KEPADA 
SELURUH MANUSIA MENGENAI TURUNNYA AL-QURAN SEBAGAI PENAWAR KEPADA 
MANUSIA..ADA SEORANG USTAZ MEMBERITAHU BAHAWA AL-QURAN INI ADALAH 
PENAWAR UNTUK PELBAGAI PENYAKIT SAMA ADA PENYAKIT HATI MAHUPUN 
FIZIKAL.BERMAKNA DI SINI KITA HENDAKLAH MEMAHAMI BAHAWA AL-QURAN INI 
BUKANLAH SEMATA-MATA UNTUK MERAWAT PENYAKIT GANGGUAN JIN SAHAJA.OLEH
ITU LAH APABILA KITA MELIHAT ADANYA HADIS RASULULLAH YANG MEMBERITAHU 
AGAR MEMBACA SURAH-SURAH DALAM AL-QURAN UNTUK MERAWAT PENYAKIT 
SEDANGKAN BUKANNYA PENYAKIT GANGGUAN JIN KEBANYAKANNYA.TETAPI TIDAKLAH 
TERHALANG UNTUK KITA KATAKAN BAHAWA PENGGUNAAN AYAT-AYAT AL-QURAN 
JUGA MAMPU MERAWAT GANGGUAN JIN.OLEH ITU ,RAWATAN ISLAM MAHUPUN MODEN SEPERTI DI HOSPITAL MAHUPUN KLINIK AMATLAH DIGALAKKAN SEBAGAI SUATU 
IKHTIAR.TETAPI DIHARAMKAN BAGI KITA UMAT ISLAM UNTUK MERAWAT DENGAN 
BOMOH YANG MANA MENSYIRIKKAN ALLAH TAALA DENGAN RAWATAN MEREKA 
MENGGUNAKAN MAKHLUK HALUS SEBAGAI PERANTARAAN..PERSOALAN MENGENAI
USTAZ-USTAZ YANG BERGIAT DENGAN RAWATAN ISLAM,ADAKAH TUGAS MEREKA 
HANYA LAH UNTUK MENGHALAU JIN SERTA MERAWAT GANGGUANNYA ADLAH SAYA
SANGKAL SAMA SEKALI.,SEBAGAIMANA RAWATAN ISLAM YANG SAYA TERANGKAN 
SEBEGITU JUA LAH TUGAS-TUGAS PERAWAT ISLAM

Suatu Persoalan?.......Adakah spritual ini menjangkiti mahupun menyerang pihak lain

CONTOH SERANGAN
Ada suatu ketika saya pernah ditanya adakah makhluk halus yang mengganggu seseorang itu akan mengganggu orang lain??????????haiiiyyaaaaaaa.....saya nak jawab serba salah..saya bukannya tahu menahu sangat hal-hal begini...naek pusing juga kapal terbang sekeliling kepala saya..sabar je laahhhh.....tapi alhamdulillah ,saya pernah bertanya pada seorang ustaz yang alim dalam hal-hal begini,bila ditanya pada ustaz tersebut dengan tenang ustaz itu memberitahu perkataan "enviroment" ...bunyi macan alam sekitar jer......xkanlah ustaz ni nak suruh saya jaga alam sekitar pulak ...tapi firasat saya salah rupanya..yang ustaz tersebut maksudkan adalah serangan dalam  persekitaran...seperti keluarga ,rakan sebilik,perawat mahupun yang tumpang tolong sikit-sikit dan lain-lain...tapi jangan khuatir dan bimbang bukannya semua keadaan sebegitu rupa ..yang penting hati kita kuat dan istiqomah beramal kerana Allah taala..jadi kesimpulannya spritual virus ini juga menyerang pihak yang dekat dengan pesakit yang diganggu makhluk halus ini.jadi berhati-hatilah sewaktu merawat mangsa gangguan..pastikan kita membenteng diri kita dahulu sebelum memulakan sesi rawatan...macam mana benteng diri itu?dengan silat ke?tinju?tomoi?atau dengan cara  yang diajar baginda Rasulullah s.a.w ?dan inilah semestinya ...insya Allah ,kita akan berjumpa lagi dalam tulisan yang lain nanti dalam memperihalkan soal benteng diri... assalamualaikum ..........

Friday 25 February 2011

ADAKAH JIN BOLEH MEMBUNUH MANUSIA??

HANTU KAK LIMAH BALIK UMAH
 RAMAI ORANG BERANGGAPAN JIN BOLEH MEMBUBUH MANUSIA?ADAKAH LOGIK PERKARA INI TERJADI....AGAK-AGAK YANG KATA JIN BOLEH MEMBUNUH MANUSIA NI BARU LEPAS TENGOK CERITA ZOMBIE KAMPUNG PISANG AGAKNYA  ATAU PUN YANG LEBIH LOGIK CERITA JU-ON ,SIAP HANTU BOLEH KELUAR MELALUI TV LAGI SIAP MUAT PULAK 2...TAPI KADANG-KADANG LOGIK JUGA JIN BOLEH MEBUNUH MANUSIA CONTOHNYA BILA ADA YANG MATI DI ASBABKAN KEPADA DISANTAU MAHUPUN DISIHIR TAPI ADAKAH TERDAPAT PERKAITAN ANTARANYA....JANGAN BIARKAN MISTERI INI TERUS BERLABUH...TERUSKAN BERKONGSI JAWAPAN ANDA BERSAMA KAMI DALAM BLOG INI..........................

MEMAHAMI ERTI GANGGUAN SPRITUAL VIRUS

Sudah menjadi kepastian bagi kita umat islam untuk memahami erti kepercayaan kepada alam ghaib .....................apabila terjadinya sesuatu kejadian dalam masyarakat yang berkaitan dengan gangguan jin atau lebih kita istilahkan ia sebagai serangan spritual virus pada blog ini maka tidak mustahil saya ingin katakan ,mungkin ada di antara kita yang mengatakan perkara itu syirik untuk dipercayai dan mustahil terjadi ,....tetapi apabila dah berlaku di depan mata mungkin ada yang mata terlopong dan mulut ternganga-nganga.........lagi-lagi yang menggeletar kepala lutut takut dikejar oleh  yang dirasuk..........fahamilah ,walaupun kita ditakdirkan berada di zaman moden ,tidak sebegitu mudah  bagi kita untuk menafikan gangguan berupa spritual virus niiiii,lagilah telah nyata bagi kita segala bukti dan dalil daripada  kalam Allah taala yang datang kepada kita yang menjadi suatu kegembiraan bagi si insan yang beriman